Thursday, July 30, 2009








MAJLIS PERASMIAN PUSAT KHIDMAT UMNO/ BN DUN PANTAI MERDEKA
DI KOTA KUALA MUDA

15 Julai 2009 Kota Kuala Muda - Majlis Perasmian Pusat Khidmat UMNO/BN DUN Pantai Merdeka telah diadakan di Kota Kuala Muda yang terletak bersebelahan dengan pejabat penghulu. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah. Majlis bermula sejak awal pagi dengan aktiviti pertandingan karum dan catur untuk golongan remaja, Pertandingan Aspek Wanita, Kaunter Pemeriksaan Kesihatan oleh Pejabat Kesihatan serta Kaunter Daftar Pemilih. Pejabat Belia dan Sukan Daerah juga sama-sama memeriahkan majlis dengan mengadakan pameran serta kaunter keahlian Rakan Muda.

Majlis perasmian dimulakan dengan persembahan nasyid oleh Wanita UMNO Cawangan Kota sebagai pemuka tirai. Di dalam ucapan perasmian, Datuk Paduka menekankan tentang pentingnya kita menberi perkhidmatan yang cemerlang dan sentiasa mendahulukan rakyat dalam segala aspek kerja kita. Majlis juga diserikan dengan program "Fun Time With English" anjuran Biro Pembangunan Masyarakat yang melibatkan lebih 80 orang kanak-kanak sekitar DUN Pantai Merdeka. Kanak-kanak didedahkan kepada pembelajaran bahasa Inggeris melalui sesi bercerita, persembahan boneka "Puppet show" serta teka teki.