Saturday, January 30, 2010

Perayaan Thaipusam 2010 bersama MIC





Sungai Petani, 30 Jan 2010 - Perayaan Thaipusam merupakan salah satu perayaan kaum India yang penting kerana ia melambangkan kesyukuran kaum India terhadap tuhan mereka serta satu perayaan yang penuh perarakan warna warni. Di Sungai Petani, gerai-gerai telah dibina di sepanjang jalan perarakan. Penyelaras BN Dun Sidan dan Wanita MIC Negeri Kedah telah membuka gerai mereka sendiri yang menyediakan makanan serta kaunter daftar pemilih dan keahlian. Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, En Ali Yahaya, meluangkan masa melawat gerai sambil menyaksikan perarakan. Beliau juga sempat menolong menyeduk makanan bagi para pengunjung.