Dewan MPSP(K) Tikam Batu, 13hb Mei 2010 - Ulang Tahun UMNO yang ke 64 disambut dengan penuh kesyukuran oleh semua ahli UMNO Sungai Petani dengan mengadakan Majlis Bacaan Yassin serta doa selamat. Majlis yang di hadiri oleh lebih 600 orang ahli UMNO itu dimulakan dengan tazkirah oleh Pengerusi Majlis merangkap Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Sungai Petani, Ustaz Wan Hizam. Majlis dirasmikan oleh YB Dato' Paduka Ahmad Bashah bin Md. Hanipah, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah. Majlis diakhiri dengan ceramah oleh penceramah jemputan yang tidak asing lagi di kalangan ahli UMNO iaitu Ustaz Kamal Saidin. Ceramah yang disampaikan oleh beliau begitu hangat bagi menghidupkan lagi semangat perjuangan ahli UMNO demi agama, bangsa dan negara. Di majlis ini juga, para jemputan dari kalangan pemimpin UMNO memotong pulut kuning sebagai acara simbolik sempena menyambut kelahiran UMNO, parti keramat kita, yang ke 64 tahun.
Friday, May 14, 2010
Majlis Bacaan Yassin, Tahlil & Ceramah Sempena UlangTahun UMNO ke 64 Tahun
Posted by UMNO Bahagian Sungai Petani at 8:40 AM 1 commentsSaturday, May 8, 2010
Sukaneka di Taman Kempas Fasa 2
Posted by UMNO Bahagian Sungai Petani at 8:33 PM 0 commentsTaman Kempas, 8 Mei 2010 - Acara Sukaneka Rakyat telah diadakan di Taman Kempas baru-baru ini yang melibatkan penyertaan dari lebih 200 orang penduduk setempat. Di antara acara yang dipertandingkan ialah acara kerusi muzik, tiup belon, pertandingan dart, tiup tepung, pertandingan bolasepak serta banyak lagi acara menarik. Tujuan program diadakan ialah untuk mengeratkan lagi hubungan sesama masyarakat setempat sambil beramah mesra. Hadiah pertandingan telah disampaikan oleh Puan Sabariah iaitu isteri kepada Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani. Tahniah kepada pihak penganjur yang telah berjaya menjalankan program dengan baik.
Sunday, May 2, 2010
Perasmian Serentak Persidangan UMNO Cawangan-Cawangan 2010
Posted by UMNO Bahagian Sungai Petani at 7:50 PM 0 commentsDewan Tikam Batu MPSP, 2 Mei 2010 - UMNO Bahagian Sungai Petani telah mengadakan majlis Perasmian Serentak Persidangan UMNO Cawangan - Cawangan di Bahagian Sungai Petani termasuk sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri baru-baru ini di Dewan Tikam Batu. Majlis menyaksikan kehadiran ketua-ketua cawangan serta sayap-sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO cawangan. Beberapa pengumuman telah dibuat mengenai tatacara serta agenda mesyuarat yang baru selari dengan perubahan di dalam perlembagaan UMNO yang diadakan baru-baru ini. Selamat bersidang bagi semua perwakilan UMNO, jalankanlah tanggungjawab anda sebagai ahli UMNO yang sentiasa berjuang demi bangsa, yang inginkan kebebasan dari dijajah dalam apa jua bentuk. Inilah yang di tuntut oleh agama dan inilah asas penubuhan dan perjuangan UMNO.
Ceramah Rakyat
Posted by UMNO Bahagian Sungai Petani at 1:21 AM 0 commentsTaman Semarak, 2 Mei 2010 - Ceramah Rakyat anjuran JASA serta UMNO Zon Sungai Pasir telah diadakan baru-baru ini di padang Taman Semarak. Penceramah yang di jemput khas buat program ini adalah Ustaz Jamel Long. Ceramah di hadiri oleh lebih 220 orang penduduk sekitar Sungai Pasir.
Memang telah menjadi satu tradisi bahawa ceramah-ceramah rakyat sebegini seringkali dilakukan oleh parti lain dan bukan UMNO. Tetapi dengan program seumpama ini, dapat menaikkan semula semangat ahli UMNO untuk terus berjuang demi masa depan bangsa. Penceramah menggesa golongan muda supaya jangan terlalu marah, mengikut perasan dan menerima dakyah serta hasutan yang dihidangkan di internet tanpa usul periksa. Janganlah kita terlalu berbangga dengan keupayaan kita menggunakan internet sehingga segala apa yang diutarakan, kita percaya 100%. Kita fikirkan semula tentang kedudukan bangsa Melayu sekarang dan tanya diri sendiri, parti manakah yang terbaik pada masa kini yang dapat memperjuangkan nasib bangsa Melayu? Dan adakah kita sanggup menghadapi risikonya kepada nasib, masa depan anak-anak kita kalau kita tersilap pilih? Syabas kita ucapkan kepada penganjur program dari Zon Sungai Pasir atas keberanian mereka menganjur program sedemikian.

Subscribe to:
Posts (Atom)