Monday, April 19, 2010

0 comments





Kg Permatang Kelompang, 18 April 2010 - Pergerakan Pemuda UMNO Zon Kota/Pantai dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sungai Petani mengajurkan pertandingan futsal kalah mati Piala Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Petani. Pertandingan ini diadakan pada hari Ahad 18 April 2010 bertempat di Padang Futsal Kelompang Arena, Kampung Permatang Kelompang Kota Kuala Muda. Pertandingan ini bermula dari jam 8.00pg hingga 7.00ptg dengan disertai oleh 32 pasukan. Setiap pasukan yang bertanding di wakili oleh 7 orang permain. Johan menerima Piala Ketua Pemuda beserta pingat dan wang tunai sebanyak RM300.00. Naib Johan juga menerima piala iringan serta pingat dan wang tunai RM200.00. Tempat ketiga dan keempat mendapat pingat serta wang tunai RM100.00.

Pertandingan futsal kalah mati ini julung kali diadakan di Kota Kuala Muda dan Pantai Merdeka. Pihak pengajur akan menjadikan acara ini sebagai acara tahunan bagi Pemuda Zon Kota Kuala Muda/Pantai Merdeka.

Sunday, April 11, 2010

Program Juara Rakyat

0 comments




MAJLIS BAYARAN ELAUN SARA HIDUP NELAYAN

Permatang Katong 10 April 2010 - Majlis Bayaran Elaun Sara Hidup Nelayan telah diadakan di Dewan Komuniti Tunku Intan Shafinaz di Kampung Permatang Katong baru-baru ini. Majlis penyerahan elaun secara tunai itu telah disempurnakan oleh YB Dato' Wira Mohd Johari Baharom, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sambil disaksikan oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, En. Ali bin Yahya.

Elaun sara hidup sebanyak RM200 telah diagihkan kepada lebih 317 orang nelayan yang mempunyai lesen. Majlis juga menyaksikan pemberian sumbangan berupa wang ringgit kepada 7 orang para nelayan yang di timpa bencana atau kematian. Sebanyak RM2,000-RM3,000 di beri setiap seorang kepada nelayan yang mana bot mereka pecah di pukul ribut, bot tenggelam serta kelengkapan yang rosak atau tenggelam. Sebanyak RM2,000 pula diberikan kepada keluarga nelayan yang kematian suami atau bapa tempat bergantung rezeki. Malahan, seorang nelayan yang dimasukkan ke hospital selama 3 hari juga telah menerima sumbangan atas kesusahan yang dihadapi akibat hilang mata pencarian selama di rawat.

Dalam ucapan beliau, YB Dato' Wira Johari Baharom menerangkan bahawa Kerajaan pimpinan Barisan Nasional amat prihatin di atas kebajikan para nelayan. Beliau sebagai Timbalan Menteri memahami akan kedudukan para nelayan terutamanya masalah tidak dapat turun ke laut akibat ribut dan sebagainya. Beliau mencadangkan supaya diwujudkan industri asas tani berasaskan ikan seperti bebola ikan, keropok, belacan dan sebagainya di bawah persatuan.

Program Juara Rakyat

0 comments




Majlis Perasmian Jeti Nelayan Kampung Pengkalan Batu Lintang

Kg Pengkalan Batu Lintang, 10 April 2010 - Jeti baru di Kampung Pengkalan Batu Lintang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Dato' Wira Mohd Johari Baharom hari ini. Jeti yang menelan belanja lebih RM200 ribu itu dibina di bawah LKIM. Majlis perasmian disaksikan oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, En Ali Yahya bersama-sama lebih 200 orang masyarakat setempat yang berkumpul untuk acara simbolik itu. Rata-rata masyarakat setempat begitu bersyukur atas pembinaan jeti tersebut yang memudahkan kegiatan mereka menangkap ikan.

Para hadirin memberi tepukan hebat apabila permohonan Ketua UMNO Bahagian untuk peruntukan membina tambatan bot sebanyak RM20 ribu di jeti baru itu serta penambahan wakaf di Jeti Sg. Meriam sebanyak RM15 ribu di beri kelulusan segera oleh YB Dato' Wira Johari Baharom.

Majlis juga menyaksikan pemberian pinjaman Tekun kepada 21 orang pemohon yang berjumlah RM117 ribu. Di dalam ucapannya, YB Dato' Wira Johari Baharom memberitahu sebanyak RM126 juta diperuntukkan oleh Tekun bagi negeri Kedah.

Monday, April 5, 2010

Siri Turun Padang - Pokok Tumbang di Kedai Taman Sejati




Taman Sejati 4 April 2010 - Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani sempat melawat kejadian pokok tumbang di Taman Sejati yang melibatkan dua lot kedai iaitu lot gerai no 19 dan 18. Lot gerai no 19 menempatkan syarikat PBE Latihan Memandu Sdn Bhd milik En. Ramli Toan. Kejadian itu berlaku akibat hujan lebat dan angin kencang yang mengakibatkan pokok rhu di belakang gerai tersebut tumbang dan menimpa gerai.

En Ali bin Yahaya singgah melawat kejadian tersebut sebaik sahaja selesai program Ramah Mesra Bersama Ketua UMNO Bahagian di Taman Kempas lewat malam semalam. Di dalam program tersebut, Ketua UMNO mengingatkan cawangan supaya bergerak aktif menambah ahli serta pengundi baru di kawasan berkenaan.