skip to main |
skip to sidebar
Posted by
UMNO Bahagian Sungai Petani
at
2:10 AM
Taman Sejati, Feb 2010 - Atas prinsip hidup bersama di bawah satu gagasan 1Malaysia, maka Ketua UMNO Bahagian, En Ali bin Yahaya, telah mengambil inisiatif untuk memberi sumbangan sebanyak 70 buah kerusi dan meja kepada SRJK Tamil Kalaimangal yang baru dibina bertempat di Taman Sejati. Inisiatif tersebut timbul setelah pihak PIBG sekolah berusaha untuk mendapatkan peralatan tersebut tetapi tidak berjaya. Ketua UMNO Bahagian terharu melihat sebahagian pelajar-pelajar sekolah tersebut terpaksa duduk di atas lantai kerana kekurangan kerusi. Penyerahan sumbangan tersebut diadakan di satu majlis ringkas yang disaksikan oleh Pengerusi MIC Negeri Kedah, En. S. Ananthan serta YDP PIBG, Guru Besar serta barisan AJK PIBG sekolah.