Friday, May 14, 2010

Majlis Bacaan Yassin, Tahlil & Ceramah Sempena UlangTahun UMNO ke 64 Tahun

1 comments





Dewan MPSP(K) Tikam Batu, 13hb Mei 2010 - Ulang Tahun UMNO yang ke 64 disambut dengan penuh kesyukuran oleh semua ahli UMNO Sungai Petani dengan mengadakan Majlis Bacaan Yassin serta doa selamat. Majlis yang di hadiri oleh lebih 600 orang ahli UMNO itu dimulakan dengan tazkirah oleh Pengerusi Majlis merangkap Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Sungai Petani, Ustaz Wan Hizam. Majlis dirasmikan oleh YB Dato' Paduka Ahmad Bashah bin Md. Hanipah, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah. Majlis diakhiri dengan ceramah oleh penceramah jemputan yang tidak asing lagi di kalangan ahli UMNO iaitu Ustaz Kamal Saidin. Ceramah yang disampaikan oleh beliau begitu hangat bagi menghidupkan lagi semangat perjuangan ahli UMNO demi agama, bangsa dan negara. Di majlis ini juga, para jemputan dari kalangan pemimpin UMNO memotong pulut kuning sebagai acara simbolik sempena menyambut kelahiran UMNO, parti keramat kita, yang ke 64 tahun.




Saturday, May 8, 2010

Sukaneka di Taman Kempas Fasa 2

0 comments




Taman Kempas, 8 Mei 2010 - Acara Sukaneka Rakyat telah diadakan di Taman Kempas baru-baru ini yang melibatkan penyertaan dari lebih 200 orang penduduk setempat. Di antara acara yang dipertandingkan ialah acara kerusi muzik, tiup belon, pertandingan dart, tiup tepung, pertandingan bolasepak serta banyak lagi acara menarik. Tujuan program diadakan ialah untuk mengeratkan lagi hubungan sesama masyarakat setempat sambil beramah mesra. Hadiah pertandingan telah disampaikan oleh Puan Sabariah iaitu isteri kepada Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani. Tahniah kepada pihak penganjur yang telah berjaya menjalankan program dengan baik.




Sunday, May 2, 2010

Perasmian Serentak Persidangan UMNO Cawangan-Cawangan 2010

0 comments



Dewan Tikam Batu MPSP, 2 Mei 2010 - UMNO Bahagian Sungai Petani telah mengadakan majlis Perasmian Serentak Persidangan UMNO Cawangan - Cawangan di Bahagian Sungai Petani termasuk sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri baru-baru ini di Dewan Tikam Batu. Majlis menyaksikan kehadiran ketua-ketua cawangan serta sayap-sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO cawangan. Beberapa pengumuman telah dibuat mengenai tatacara serta agenda mesyuarat yang baru selari dengan perubahan di dalam perlembagaan UMNO yang diadakan baru-baru ini. Selamat bersidang bagi semua perwakilan UMNO, jalankanlah tanggungjawab anda sebagai ahli UMNO yang sentiasa berjuang demi bangsa, yang inginkan kebebasan dari dijajah dalam apa jua bentuk. Inilah yang di tuntut oleh agama dan inilah asas penubuhan dan perjuangan UMNO.

Ceramah Rakyat

0 comments



Taman Semarak, 2 Mei 2010 - Ceramah Rakyat anjuran JASA serta UMNO Zon Sungai Pasir telah diadakan baru-baru ini di padang Taman Semarak. Penceramah yang di jemput khas buat program ini adalah Ustaz Jamel Long. Ceramah di hadiri oleh lebih 220 orang penduduk sekitar Sungai Pasir.

Memang telah menjadi satu tradisi bahawa ceramah-ceramah rakyat sebegini seringkali dilakukan oleh parti lain dan bukan UMNO. Tetapi dengan program seumpama ini, dapat menaikkan semula semangat ahli UMNO untuk terus berjuang demi masa depan bangsa. Penceramah menggesa golongan muda supaya jangan terlalu marah, mengikut perasan dan menerima dakyah serta hasutan yang dihidangkan di internet tanpa usul periksa. Janganlah kita terlalu berbangga dengan keupayaan kita menggunakan internet sehingga segala apa yang diutarakan, kita percaya 100%. Kita fikirkan semula tentang kedudukan bangsa Melayu sekarang dan tanya diri sendiri, parti manakah yang terbaik pada masa kini yang dapat memperjuangkan nasib bangsa Melayu? Dan adakah kita sanggup menghadapi risikonya kepada nasib, masa depan anak-anak kita kalau kita tersilap pilih? Syabas kita ucapkan kepada penganjur program dari Zon Sungai Pasir atas keberanian mereka menganjur program sedemikian.

Monday, April 19, 2010

0 comments





Kg Permatang Kelompang, 18 April 2010 - Pergerakan Pemuda UMNO Zon Kota/Pantai dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sungai Petani mengajurkan pertandingan futsal kalah mati Piala Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Petani. Pertandingan ini diadakan pada hari Ahad 18 April 2010 bertempat di Padang Futsal Kelompang Arena, Kampung Permatang Kelompang Kota Kuala Muda. Pertandingan ini bermula dari jam 8.00pg hingga 7.00ptg dengan disertai oleh 32 pasukan. Setiap pasukan yang bertanding di wakili oleh 7 orang permain. Johan menerima Piala Ketua Pemuda beserta pingat dan wang tunai sebanyak RM300.00. Naib Johan juga menerima piala iringan serta pingat dan wang tunai RM200.00. Tempat ketiga dan keempat mendapat pingat serta wang tunai RM100.00.

Pertandingan futsal kalah mati ini julung kali diadakan di Kota Kuala Muda dan Pantai Merdeka. Pihak pengajur akan menjadikan acara ini sebagai acara tahunan bagi Pemuda Zon Kota Kuala Muda/Pantai Merdeka.

Sunday, April 11, 2010

Program Juara Rakyat

0 comments




MAJLIS BAYARAN ELAUN SARA HIDUP NELAYAN

Permatang Katong 10 April 2010 - Majlis Bayaran Elaun Sara Hidup Nelayan telah diadakan di Dewan Komuniti Tunku Intan Shafinaz di Kampung Permatang Katong baru-baru ini. Majlis penyerahan elaun secara tunai itu telah disempurnakan oleh YB Dato' Wira Mohd Johari Baharom, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sambil disaksikan oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, En. Ali bin Yahya.

Elaun sara hidup sebanyak RM200 telah diagihkan kepada lebih 317 orang nelayan yang mempunyai lesen. Majlis juga menyaksikan pemberian sumbangan berupa wang ringgit kepada 7 orang para nelayan yang di timpa bencana atau kematian. Sebanyak RM2,000-RM3,000 di beri setiap seorang kepada nelayan yang mana bot mereka pecah di pukul ribut, bot tenggelam serta kelengkapan yang rosak atau tenggelam. Sebanyak RM2,000 pula diberikan kepada keluarga nelayan yang kematian suami atau bapa tempat bergantung rezeki. Malahan, seorang nelayan yang dimasukkan ke hospital selama 3 hari juga telah menerima sumbangan atas kesusahan yang dihadapi akibat hilang mata pencarian selama di rawat.

Dalam ucapan beliau, YB Dato' Wira Johari Baharom menerangkan bahawa Kerajaan pimpinan Barisan Nasional amat prihatin di atas kebajikan para nelayan. Beliau sebagai Timbalan Menteri memahami akan kedudukan para nelayan terutamanya masalah tidak dapat turun ke laut akibat ribut dan sebagainya. Beliau mencadangkan supaya diwujudkan industri asas tani berasaskan ikan seperti bebola ikan, keropok, belacan dan sebagainya di bawah persatuan.

Program Juara Rakyat

0 comments




Majlis Perasmian Jeti Nelayan Kampung Pengkalan Batu Lintang

Kg Pengkalan Batu Lintang, 10 April 2010 - Jeti baru di Kampung Pengkalan Batu Lintang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Dato' Wira Mohd Johari Baharom hari ini. Jeti yang menelan belanja lebih RM200 ribu itu dibina di bawah LKIM. Majlis perasmian disaksikan oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, En Ali Yahya bersama-sama lebih 200 orang masyarakat setempat yang berkumpul untuk acara simbolik itu. Rata-rata masyarakat setempat begitu bersyukur atas pembinaan jeti tersebut yang memudahkan kegiatan mereka menangkap ikan.

Para hadirin memberi tepukan hebat apabila permohonan Ketua UMNO Bahagian untuk peruntukan membina tambatan bot sebanyak RM20 ribu di jeti baru itu serta penambahan wakaf di Jeti Sg. Meriam sebanyak RM15 ribu di beri kelulusan segera oleh YB Dato' Wira Johari Baharom.

Majlis juga menyaksikan pemberian pinjaman Tekun kepada 21 orang pemohon yang berjumlah RM117 ribu. Di dalam ucapannya, YB Dato' Wira Johari Baharom memberitahu sebanyak RM126 juta diperuntukkan oleh Tekun bagi negeri Kedah.